Thursday 21 April 2011

Program Motivasi Murid Tingkatan 6 Atas : Hala tuju Kerjaya

OBJEKTIF
- Suntikan motivasi untuk fokus dalam STPM 2011
- Sistem meritokrasi

SASARAN
- Semua pelajar Tingkatan 6 atas


Thursday 14 April 2011

Kenangan Bersama Pemimpin Pelajar SMK Paka





OBJEKTIF
- Melahirkan pengawas yang berkeyakinan diri tinggi dan mempunyai ciri kepimpinan cemerlang dan berkesan dalam menghadapi realiti kehidupan sebagai Pemimpin Muda

SASARAN
- 76 orang pengawas SMK Paka












;

;








;

;








;

;


Eksplorasi Laluan Kerjaya Bersama PTPL K.TRG

Jana motivasi minda pelajar melalui pengekplorasian minat dan laluan kerjaya.




Program Kemahiran Belajar Tingkatan 3

Macam-macam jenis lukisan ada . Semuanya cantik dan unik .










Semak ! Jangan Tak Semak Permohonan STPM 2010

Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia :)


Bagi anak pelajar STPM2010 pula. Semakan tawaran untuk anda secara online :


1. 22-24 April 2011 - semakan temuduga  IPTA ke program Ijazah.


2. 25 April - 5 Mei 2011 - bersedialah untuk proses temuduga kemasukkan ke Universiti.


3. Jun 2011 - Semakan tawaran kemasukkan ke Universiti.


4. 3 dan 4 September 2011 - Insyaallah... pendaftaran pelajar baru ke Universiti... 


See U di IPT.

Peringatan untuk Pelajar Lepasan SPM 2010

Jangan lupa buat semakan dari semasa ke semasa tawaran temuduga dan penempatan ke Universiti secara online..


1. Bermula 11, 12 dan 13 April 2011- semakan kursus yang ada temuduga sahaja (UTM, UPNM, UiTM, UPSI dan IPG)


2. 14 - 18 April 2011 -  Bersedia untuk ditemuduga.


# Sila hadir ke Unit Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling SMK Paka, Dungun Terengganu.... Kaunselor anda menanti kehadiran anda semua untuk tips terskhir sebelum, semasa dan selepas temuduga...




3. Jangkaan keputusan UPU bagi lepasan SPM2010, pada Mei 2011. Jangan lupa buat semakan ! Juga boleh buat secara online .


4. Insyaallah. See U di IPT . Pendaftaran pelajar di Universiti pada 1 Jun 2011. GOODLUCK :)

Sunday 10 April 2011

Tips Membina Keyakinan Diri

Kualiti-Kualiti dan Jati Diri Pelajar Cemerlang




Petikan Kata-Kata Motivasi Belajar:
"Kemahiran belajar disertai dengan motivasi belajar yang tinggi telah terbukti boleh meningkatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan." (Gall & Rakan-Rakan, Tools for Learning, 1990). 
Kualiti-Kualiti dan Jati Diri Pelajar Cemerlang, Artikel Motivasi untuk Pelajar, Ciri Ciri Pelajar Cemerlang, Ciri Remaja Cemerlang, Disiplin Pelajar Cemerlang, Jati Diri Pelajar Cemerlang, Kata-kata Motivasi Pelajar, Kata-Kata Semangat Belajar, Keperibadian Pelajar Cemerlang, Kualiti Pelajar Berjaya, Kualiti-Kualiti Pelajar Berjaya, Kualiti-Kualiti Pelajar Cemerlang, Motivasi Belajar, Motivasi Kecemerlangan Pelajar, Motivasi Pelajar, Penampilan Diri Cemerlang, Peribadi Pelajar Cemerlang, Sikap Pelajar Cemerlang, Strategi dan Teknik Menghadapi Peperiksaan
Pengenalan
Artikel ini memaparkan 9 sifat, ciri-ciri serta jati diri (keperibadian atau identiti diri) pelajar cemerlang yang diadun berdasarkan Abjad ABCDEFGHI, agar lebih mudah pelajar terapkan dalam diri dan sanubari.



Pelajar Cemerlang


Pelajar yang cemerlang bukan sahaja handal dalam akademik tetapi juga hebat akhlak serta kelakuannya. Mencapai keputusan cemerlang dalam akademik tanpa jati diri atau keperibadian cemerlang, belum cukup untuk membolehkan seseorang pelajar itu dianggap sebagai cemerlang. Kedua-dua kualiti utama tersebut mesti ada pada pelajar cemerlang. Kualiti-kualiti pelajar cemerlang yang dimaksudkan adalah seperti berikut:


- Amanah
Pelajar yang cemerlang boleh dipercayai, jujur dan ikhlas dalam segala tindakannya. Ia sentiasa bercakap benar, tidak bohong, tidak menipu, tidak mencuri atau tidak mengambil hak orang lain. Ia sedar bahawa segala perbuatannya adalah diperhatikan oleh Tuhan.
Motivasi Belajar, Artikel Motivasi untuk Pelajar, Motivasi Pelajar, Sikap Pelajar Cemerlang, Ciri Ciri Pelajar Cemerlang, Ciri Remaja Cemerlang, Disiplin Pelajar Cemerlang, Jati Diri Pelajar Cemerlang, Kata-kata Motivasi Pelajar, Keperibadian Pelajar Cemerlang, Kualiti-Kualiti dan Jati Diri Pelajar Cemerlang, Kualiti-Kualiti Pelajar Cemerlang, Motivasi Kecemerlangan Pelajar, Penampilan Diri Cemerlang, Peribadi Pelajar Cemerlang, Strategi danTeknik Menghadapi Peperiksaan
- Bijak
Pelajar yang cemerlang bijak mengurus diri, menggunakan masa, serta sumber-sumber di sekelilingnya. Ia menggunakan masa hidupnya dengan sebaik-baiknya; melakukan hanya yang baik dan menjauhi perkara-perkara yang ditegah. Pelajar yang cemerlang juga sentiasa berusaha memperbaiki dirinya. Ia cenderung melakukan serta mempelajari perkara-perkara yang mendatangkan faedah.


- Cergas
Pelajar yang cemerlang sentiasa menjaga kesihatan fizikal, minda dan emosi diri. Ianya juga menjaga pemakanan serta membuat latihan jasmani. Kebijaksanaannya dalam mengurus diri serta kecenderungan melakukan hanya aktiviti-aktiviti yang berfaedah membuatkan dirinya lebih berdisiplin, sihat, dan cergas. Ini juga menyebabkannya lebih tangkas dan aktif dalam aktiviti-aktiviti yang diceburinya.


- Dedikasi
Pelajar yang cemerlang amat rajin, bersemangat tinggi serta komited dalam melaksanakan segala tugas dan tanggungjawabnya. Apa juga tugasannya, akan dilakukan dengan sepenuh hati. Pelajar yang cemerlang akan melakukan dengan penuh tanggungjawab dan iltizam apa juga perkara yang harus dilaksanakan ke arah dan untuk mencapai hasil yang terbaik. 


- Elok
Pelajar yang cemerlang baik dari segi penampilan diri, tuturkata dan perbuatan. Ia mempunyai perwatakan yang ceria, yakin dan senang didampingi. Ianya juga menjauhi diri daripada perbuatan maksiat. Ianya sedar bahawa mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup juga tidak diberkati Tuhan. 
Pelajar yang cemerlang menjadi contoh kepada pelajar yang lain, baik dari segi gerak-gerinya, fikiran dan percakapannya serta tindakan-tindakannya. Keelokan peribadinya disanjung baik oleh orang lain termasuk guru-guru, ibu-bapa serta keluarganya. 


- Faham
Pelajar yang cemerlang lebih banyak mendengar daripada bercakap. Sikapnya yang demikian, menyebabkan ia lebih banyak berfikir, menganalisa dan mengetahui sesuatu isu sebelum ianya memberi maklumbalas. Ingatannya juga kuat kerana ia mempunyai kualiti yang ingin benar-benar memahami apa yang didengar, dibaca, dilihat atau yang dipelajarinya.
Kualiti-Kualiti dan Jati Diri Pelajar Cemerlang, Artikel Motivasi untuk Pelajar, Ciri Ciri Pelajar Cemerlang, Ciri Remaja Cemerlang, Disiplin Pelajar Cemerlang, Jati Diri Pelajar Cemerlang, Kata-kata Motivasi Pelajar, Kata-Kata Semangat Belajar, Keperibadian Pelajar Cemerlang, Kualiti Pelajar Berjaya, Kualiti-Kualiti Pelajar Berjaya, Kualiti-Kualiti Pelajar Cemerlang, Motivasi Belajar, Motivasi Kecemerlangan Pelajar, Motivasi Pelajar, Penampilan Diri Cemerlang, Peribadi Pelajar Cemerlang, Sikap Pelajar Cemerlang, Strategi dan Teknik Menghadapi Peperiksaan
- Gigih
Pelajar yang cemerlang sentiasa melakukan kerjanya dengan penuh minat dan tekun. Ia seronok belajar setiap mata pelajaran. Ianya juga pandai dan mudah menyesuaikan diri dengan semua guru yang mengajarnya. 


- Hasrat
Pelajar yang cemerlang sentiasa menyimpan pada hati kecilnya suatu hasrat untuk menjadi manusia yang sangat berguna dan berjaya. Hasratnya untuk mencapai cita-cita atau impiannya memberikan suntikan motivasi kepadanya untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai kejayaan dalam kehidupannya.


- Iman
Pelajar yang cemerlang sentiasa taat kepada perintah Allah S.W. dan berusaha mencapai kejayaan selaras dengan tuntutan agama iaitu mengamalkan apa yang disuruh dan menjauhkan apa sahaja yang dilarang. Ianya juga mentaati ibubapa, pemimpin-pemimpin, guru-guru, undang-undang negara serta segala peraturan dan amalan yang harus diikuti.


Sekian. Semoga ciri-ciri tersebut sudah atau akan tertanam dengan kukuhnya pada diri anda demi kejayaan anda di dunia dan di akhirat. InsyaAllah.

Wednesday 6 April 2011

Program Motivasi Murid Tingkatan 5 : Eksplorasi Kerjaya Bersama Kumpulan Kolej PTPL dan MSU

OBJEKTIF
- suntikan motivasi kearah seimbang kokurikulum dan kurikulum.
- cipta kejayaan cemerlang SPM

SASARAN
- semua pelajar tingkatan 5


Tuesday 5 April 2011

Program Berfokus untuk Pelajar tingkatan 6 Atas siri 1

OBJEKTIF
- pelajar lebih fokus dan bermotivasi dalam STPM 2011

SASARAN
- semua pelajar 6A 1 dan 6A 2