Sunday 27 November 2011

FAKTA ATAU AUTA ?

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itudipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellinipada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca koleksi terbaik ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku. ehehehehhehehehehe eh…..Sentuh la telinga korang dgn siku sampai ia kena…….Tak normal la korang maknanya


sumber : rileks.info

Monday 21 November 2011

Perhatian Kepada Semua Pelajar SPM 2011

Dimaklumkan bahawa Aplikasi Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar Bagi Lepasan SPM/Setaraf Sesi 2012/2013 (FASA 1) telah dibuka untuk capaian pemohon mulai 15 November 2011 hingga 31 Disember 2011.

URL Permohonan adalah seperti berikut:https://online.mohe.gov.my/upu/onlineupu/

Saturday 12 November 2011

TIPS MEMILIH KAWAN

Ada yang kata, kalau kita nak tahu sikap seseorang, kita perlu tengok orang yang berada di sekelilingnya...dengan siapa dia berkawan..elok ke tidak perangai kawan-kawannya...kalau elok kawan-kawannya,maka secara tak langsung eloklah jugak sikapnya...ye tak? so....apa kaedah yang kita boleh gunakan untuk memilih kawan yang benar-benar kawan ni?mari ikut kaedah ini....


PERTAMA:-
Pilihlah kawan yang senantiasa suka melindungi kawannya,yang ketika kawannya susah, dia sentiasa ada menghulurkan bantuan...dia suka membantu kita jika kita di dalam kesusahan.



KEDUA:-
Pilihlah kawan yang apabila kita menghulurkan jasa baik atau bantuan kita, dia suka menerima dengan rasa terharu dan menghargainya...dan jika dia melihat kebaikan yang ada pada diri kita, dia suka menyebut-nyebutnya..dan jika dia melihat keburukan kita,dia suka menutupinya.



KETIGA:-
pilihlah kawan yang apabila kita meminta sesuatu daripadanya,dia beri dengan rasa gembira...jika dia melihat kita diam,dia menyapa kita...dan jika dia melihat ada kesukaran dan kesedihan yang kita sedang tempuhi,dia suka membantu dengan menghiburkan hatimu.



KEEMPAT:-
Pilihlah kawan yang apabila kita berkata-kata, dia suka membenarkan kata-kata kita..dan jika kita berkata-berkata yang tidak baik,dia suka menegur dan memberi nasihat..jika kita mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dan sukar, dia berusaha untuk menyelesaikannya..dan ketika kita berselisih pendapat dengannya,dia suka mengalah demi kawannya..



Untuk memilih kawan..carilah kawan yang baik akhlaknya,baik budi bahasanya,baik perlakuannya..carilah sahabat yang memahami diri kita dan sentiasa membawa kita ke jalan yang diredhai Allah...dan ketika kamu sudah menemuinya, ketahuilah dia adalah kawan yang benar-benar sahabat..kawan mungkin kita boleh dapat beribu-ribu..tapi di dalam beribu itu,belum tentu ada yang sudi menjadi sahabat. dan ketahuilah juga bahawa jika kita mahukan kawan yang benar2 sahabat, kita juga perlu bentuk diri kita menjadi sahabat yang baik kepada orang lain.Insyaallah,sekiranya kita berjaya mendidik diri menjadi insan yang baik,maka sudah tentu kita akan dikurniakan sahabat yang baik juga..insyaAllah...Amin...

Wednesday 9 November 2011

Halangan mencapai kejayaan

Kali ini saya akan bincangkan beberapa FAKTOR HALANGAN untuk anda mencapai kejayaan tidak kira dalam kerjaya, perniagaan, percintaan dan pelajaran.
gagal
Kebanyakan halangan itu kadang-kadang bersifat positif ataupun bersifat negatif. Perkara positif itu meransangkan anda supaya lebih berusaha dengan lebih keras lagi manakala negatif itu pula menyebabkan keyakinan diri serta semangat anda terus menurun dan seterusnya anda akan mengalami kegagalan.
Namun begitu, setiap kejayaan yang datang bukan mudah untuk diperolehi kerana anda harus mengharungi dan menempuh pelbagai cabaran dan rintangan sesuatu perkara yang dilakukan itu. Ini sememangnya realiti dalam kehidupan.
Secara hakikatnya kejayaan tidak akan datang bergolek tetapi harus disusuli dengan usaha yang berterusan sehingga peroleh kejayaan. Tetapi ingat jangan sesekali menyalahi orang lain sekiranya anda mengalami kegagalan kerana ia berpunca daripada diri sendiri.
Lantas daripada itu, saya nyatakan beberapa faktor yang sentiasa memberikan halangan kepada anda untuk mencapai kejayaan dimana ia meliputi segala aspek seperti:-
  1. Diri sendiri  iaitu Sifat Malas dan Tiada Motivasi
  2. Keluarga iaitu Latar Belakang Keluarga dan Cara Didikan
  3. Rakan iaitu Memilih Kawan yang salah dan Masalah Sosial
  4. Persekitaran iaitu Media Massa, Media Cetak dan Internet
Saya tidak akan huraikan satu persatu dalam post kali ini kerana saya akan huraikan setiap tajuk pada post yang berbeza.
Semoga anda mendapat sedikit gambaran apa yang telah saya jelaskan diatas.

Monday 7 November 2011

Faktor kejayaan adalah dengan memfokus pada proses, bukan pada hasil

Kebanyakan daripada kita yang mau berjaya banyak menumpu pada hasil, bukan proses. Sebenarnya, proseslah yang akan membawa kita kepada hasil. Orang putih kata ‘result’.
Misalnya, mindset kejayaan ramai orang dewasa adalah nak jadi jutawan. Ramai orang nak jadi jutawan berjaya.
Ramai jugak yang kecundang sebab mereka lebih banyak menumpu kepada hasil sahaja (mau mencapai tahap jutawan) tapi tidak menumpu pada proses menuju tahap jutawan. Bila hasil yang menjadi tak seperti yang diinginkan, mulalah jadi tak bersemangat. Masalah dalam proses ni pulak, orang kita kurang ada fokus.
Kajian saikologi mengatakan bahawa orang yang ada fokus kemudian dia memfokus pada proses, pada usaha, pada langkah-langkah tindakan menuju kepada satu matlamat, akhirnya dia akan dapat juga apa yang dia mahu (hasil).
Syaratnya, dia tidak boleh berganjak dari matlamat asal, dia tidak boleh menjadi orang yang merubah-ubah matlamat.
Jadi gitulah. Kita kena kaji balik diri kita ni kemana.
Adakah kita ni orang yang asyik mengubah-ubah matlamat simply sebab matlamat dulu tak tercapai?
Dalam perjalanan kita menuju kejayaan hidup – mana satu yangkita banyak tumpukan, pada proses (berusaha menuju kejayaan mencapai matlamat) atau hanya pada hasil (kejayaansahaja, usahanya entah cemana).
Kaji fokus kita selama ni kat mana – pada hasil atau pada proses?

Saturday 5 November 2011

Menjadi manusia melayakkan kita untuk di uji. Bagaimana dengan persediaan kita?

Menjadi seorang manusia, kita tetap akan diuji. Ujian bertujuan untuk mematangkan kita. Ujian ini kita kena hadapi bukan dengan cara menjawab menggunakan tulisan di atas kertas seperti di sekolah dulu. Caranya adalah dengan emosi, strategi, tindakan dan petunjuk Tuhan.
Makin besar impian kita, makin besarlah ujian kita. Sebab itulah orang-orang berjaya pernah kata, nak berjaya amat mencabar sekali sebab ujian yang datang berpunca dari sekeliling – dari kawan-kawan, ahli keluarga, bahkan dari diri sendiri.
Ujian dari kawan-kawan dan ahli keluarga biasanya berbentuk tomahan, cacian, makian, tuduhan liar serta pemulauan. Kita mungkin akan dipulangkan sebab kita menjadi ‘lain’ simply sebab kemahuan kita berlainan dari kemahuan mereka. Sebab? Kita mahu berjaya.
Ujian dari sendiri berbentuk sikap malas, bertangguh-tangguh, dengki, iri hati juga sikap berputus asa. Semua ini ada dalam diri kita.
Maka, kita perlukan satu ‘kuasa’ yang lebih hebat dari kuasa manusia untuk menghalang diri kita dari dikuasai oleh ujian-ujian ini. Berdoalan selalu kepada Tuhan disamping merajinkan diri berusaha mencapai matlamat kita.
Akhir kata, menjadi manusia melayakkan kita untuk di uji di dalam sebuah kelas di panggil ‘kehidupan’. Untuk kita berjaya di dalam ‘kelas’ itu, kita kena menjadi orang yang tahan di uji, sama ada ujian dalam bentuk kesenangan atau dalam bentuk kesusahan.

Wednesday 2 November 2011

Gapailah cita-cita dengan menuliskannya

Sahabat, untuk mencapai cita-cita, kita harus memikirkan dengan sunguh-sungguh impian dan cita-cita kita, membuat alasan penting mengapa impian itu harus dicapai, bagaimana cara mencapainya, dan memecah-mecahkannya menjadi tujuan yang lebih spesifik serta mengukur nya dalam satu waktu tertentu.kita harus tahu dengan jelas apa cita-cita kita, apa tujuan kita. Kemudian berserah, dan berdoa kepada Allah agar cita-cita itu diredhai.
Setelah menetapkan cita-cita, tetapkanlah mana tujuan jangka pendek, jangka menengah dan jangka panjang. Percayalah akan tujuan dan cita-cita yang telah dibuat bahawa cita-cita itu akan tercapai, serta bekerjakeraslah untuk mencapainya.
Manusia yang berjaya menyedari bahawa kejayaan dapat diraih dengan bekerja keras. Dan bekerja keras adalah bekerja dengan cerdas, berkerja dengan cerdas adalah bekerja denga
n usaha yang tepat untuk mencapai tujuan yang diimpikan. usaha ini dapat berupa perkerjaan atau bisnes yang telah mereka canangkan dalam peta impian.
Setelah menemukannya, tuliskanlah mimpi-mimpi itu dalam kertas, jangan hanya dalam ingatan saja. Kerana pasti akan lupa. Ikatlah mimpi-mimpi itu dalam suatu kertas.

Tuesday 1 November 2011

Motivasi Hari Ini

Jika anda sedang benar, jangan terlalu berani dan

bila anda sedang takut, jangan terlalu takut.

Kerana keseimbangan sikap adalah penentu
ketepatan perjalanan kecemerlangan anda

Doa Seorang Pencari Cinta