Saturday 5 November 2011

Menjadi manusia melayakkan kita untuk di uji. Bagaimana dengan persediaan kita?

Menjadi seorang manusia, kita tetap akan diuji. Ujian bertujuan untuk mematangkan kita. Ujian ini kita kena hadapi bukan dengan cara menjawab menggunakan tulisan di atas kertas seperti di sekolah dulu. Caranya adalah dengan emosi, strategi, tindakan dan petunjuk Tuhan.
Makin besar impian kita, makin besarlah ujian kita. Sebab itulah orang-orang berjaya pernah kata, nak berjaya amat mencabar sekali sebab ujian yang datang berpunca dari sekeliling – dari kawan-kawan, ahli keluarga, bahkan dari diri sendiri.
Ujian dari kawan-kawan dan ahli keluarga biasanya berbentuk tomahan, cacian, makian, tuduhan liar serta pemulauan. Kita mungkin akan dipulangkan sebab kita menjadi ‘lain’ simply sebab kemahuan kita berlainan dari kemahuan mereka. Sebab? Kita mahu berjaya.
Ujian dari sendiri berbentuk sikap malas, bertangguh-tangguh, dengki, iri hati juga sikap berputus asa. Semua ini ada dalam diri kita.
Maka, kita perlukan satu ‘kuasa’ yang lebih hebat dari kuasa manusia untuk menghalang diri kita dari dikuasai oleh ujian-ujian ini. Berdoalan selalu kepada Tuhan disamping merajinkan diri berusaha mencapai matlamat kita.
Akhir kata, menjadi manusia melayakkan kita untuk di uji di dalam sebuah kelas di panggil ‘kehidupan’. Untuk kita berjaya di dalam ‘kelas’ itu, kita kena menjadi orang yang tahan di uji, sama ada ujian dalam bentuk kesenangan atau dalam bentuk kesusahan.

0 comments: