Monday, 16 January 2012

Tahukah Anda : Jaring laba – laba

semua-nyata.blogspot.com
Percaya atau tidak, jaring labah – labah lebih kuat daripada baja? Itulah yang terjadi malahan militer Amerika Syarikat pernah berencana membuat jaket anti peluru yang di buat dari pintalan jaring labah – labah. Jadi Scene dalam filem Spiderman 2 yang menghentikan laju kereta api menggunakan jaring labah – labah bukan merupakan sesuatu yang mustahil.

Thursday, 12 January 2012

2 Tips Motivasi Bagaimana Untuk Set Azam Tahun Baru 2012

Berikut adalah 2 tips motivasi bagaimana untuk set azam tahun baru 2012 khusus bagi Anda yang masih termanggu-manggu azam apa yang Anda nak capai pada tahun 2012.
1. Tips 1: Lihat Apa Yang Anda Mahu Perbaiki.
Setiap dari kita adalah kelemahan tersendiri, kesilapan, kegagalan. Set azam untuk perbaiki kelemahan, kesilapan dan kegagalan itu pada tahun 2012. Masa lalu usah disamakan dengan masa sekarang ni. Gagal di masa lalu, jangan jadikan pengukur untuk berkemungkinan gagal pada masa kini. Jadikannya pengajaran saja, perbaiki diri Anda, tambah ilmu kemudian berusahalah jadi semakin baik, semakin bagus.
2. Tips 2: Fikir Apa Anda Mahu Capai.
Fikir apa yang Anda mahu capai pada tahun 2012. Ia mungkin lebih dari satu – misalnya mahu mencapai gred cemerlang, mahu jadi anak cemerlang, mahu jadi usahawan cemerlang, mahu jadi suami atau isteri cemerlang. Cara terbaik, fikirkan apa yang Anda mahu capai dalam bidang kekeluargaan, kerjaya dan ketuhanan (ibadah). Ini penting kerana tujuannya adalah untuk memajukan hidup Anda. Tak ada 3 aspek ini, hidup Anda tak ada kemajuan. Jadi, apa yang mahu capai pada tahun 2012? Tanya diri Anda, jawapan yang muncul, itulah yang Anda akan terfikir untuk jadi azam Anda untuk tahun 2012.

sumber : iMotivasi

Tuesday, 10 January 2012

Program Orientasi Pelajar Tingkatan 1 dan tingkatan 4 tahun 2012








;

;








;

;









OBJEKTIF
- memberi pendedahan tentang budaya dan iklim sekolah
- menyampaikan hasrat dan inspirasi sekolah dan tanggungjawab pelajar ke arah membina kematangan
- memupuk persefahaman dan pergaulan yang lebih luas
- memberi pendedahan tentang sistem pembelajaran peringkat Menengah atas
- memberi kefahaman tentang sistem pensijilan terbuka
- memberi kesedaran tentang halatuju kerjaya selepas SPM

SASARAN
- semua pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 4 sesi 2011

Friday, 6 January 2012

Tahukah Anda : Zip Seluar


Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni :D