Tuesday 31 January 2012

2 Tips Bagaimana Untuk Gembira

Bagaimana untuk gembira? Susahkah? Tidak, jika Anda tahu caranya.
Berikut adalah 2 tips bagaimana untuk gembira.
Tips 1: Senangkan Orang, Bantulah Seseorang.
Untuk merasa gembira, untuk ubah diri Anda jadi orang gembira, pertama sekali carilah orang yang Anda rasa layak untuk dibantu. Bantulah dengan kudrat dan kemampuan Anda, seiring dengan kapasiti Anda sekarang ini dari segi kewangan, tenaga, ilmu dan tindakan. Menolong orang satu sikap yang bagus.
Namun yang bagusnya adalah, setiap kali Anda bantu seseorang kemudian orang itu mengucap terima kasih, Anda rasa hepi. Anda rasa gembira. Setiap kali teringat balik waktu orang itu mengucap terima kasih, Anda boleh senyum-senyum sendiri dibuatnya. Anda sudah dikuasai rasa gembira.
Ada di kalangan kita suka membantu simply sebab dia mahu merasai detik-detik kegembiraan apabila orang yang dibantuk itu mengucap “Terima kasih”. Oh, alangkah gembiranya!
Bantulah seseorang dengan niat mahu menyenangkan dia. Tanya diri Anda, “apa yang aku boleh buat untuk menolong orang ini?”. Bantulah dengan tujuan hati untuk melihat dia gembira. Dari situ, Anda akan turut merasa gembira.
Tolonglah dia dengan keinginan mahu menambah taqwa di jiwa Anda, dengan rasa moga Allah melihat apa yang Anda lakukan. Moga dari pertolongan Anda itu, diri Anda mendapat perhatian Allah. Moga dari situ doa-doa Anda cepat dimakbulkan oleh-NYA.
Tips 2: Buat Dengan Minat, Bukan Sebab Duit.
Sebelum meninggal dunia, Steve Jobs pernah berpesan, buatlah sesuatu sebab minat dan bukan sebab nak duit. Buktinya, walaupun Steve Jobs ni orang kaya sebelum kematiannya, dia mencipta banyak produk elektronik (seperti iPhone, iPod, Macbook Air) bukan sebab nak dapat banyak duit tapi sebab dia minat mencipta produk-produk canggih yang menyenangkan orang. Inilah minatnya. Mencipta sesuatu yang menggembirakan orang.
Bila sudah ada minat dan Anda buat sesuatu sebab minat, duit akan datang sendiri.
Pada saat itu, Anda sudah tidak kisah lagi pasal duit walaupun sememangnya Anda orang berduit. Tanyalah Azizi Ali dan bacalah buku-buku tulisannya, Anda akan temui hal yang sama seperti yang kami katakan.
Jika Anda ada perniagaan, sebaik-baik perniagaan adalah modewl perniagaan yang dibina disebabkan Anda minat melakukan aktivitinya. Sebagai contoh, jika Anda minat design, minat melukis dan minat mereka bentuk ilusi grafik, maka perniagaan berbentuk khidmat graphic design sesuai untuk Anda.
Jika Anda minat menjahit baju, maka perniagaan kedai jahit sesuai untuk Anda. Anda boleh jadi kaya melalui perniagaan ini.
Sebabnya, dek kerana minat, Anda akan terdorong untuk belajar cemana nak menjahit dengan lebih bagus lagi, Anda akan minat untuk tahu design-design baju yang terbaru, Anda akan cukup puas hati apabila pelanggan-pelanggan Anda gembira dengan baju yang Anda jahitkan untuk mereka.
Jika Anda minat kereta, perniagaan terbaik untuk Anda adalah perniagaan berkaitan kereta seperti menjual aksesori kereta, menjual alat ganti kereta atau simply menjual khidmat mem’modified’ kereta.
Contoh lain, jika Anda minat menulis dan Anda sukakan aktiviti menulis (iaitu aktiviti menuliskan apa yang terfikir di kepala dengan cara tulisan tangan atau dengan menaip di komputer), perniagaan terbaik untuk Anda adalah perniagaan khidmat taip-menatip (seperti menulis surat, menaip borang, mencipta artikel-artikel untuk laman web dan blog-blog).
Untuk pergi lebih jauh lagi, bila Anda suda minat menulis Anda berpeluang untuk menulis buku sendiri lalu bernaung dibawah penerbit ternama seperti PTS Publication supaya buku Anda dapat dikeluarkan (istilah lain, diterbitkan). Bila sudah minat menulis, Anda akan suka serta rasa terdorong untuk menulis lebih banyak buku. Anda akan teringin untuk memperbaiki cara penulisan Anda supaya sesiapapun yang membaca karya Anda rasa hepi dengan tulisan Anda. Anda akan minat menulis lebih banyak lagi cerita. Tanpa Anda sedari bila jutaan orang sudah minat membaca buku Anda, maka jutaan orang inilah yang akan membeli buku-buku tulisan Anda.
Bila sudah ada duit, pasti Anda jadi lebih gembira…kan? (ehemm..).
Buat apa saja aktiviti sebab minat, Anda akan jadi gembira. Sebab, Anda seronok melakukan aktiviti itu. Ada orang merasa gembira berjalan-jalan, sebab dia merasa seronok ketika berjalan-jalan.

sumber : iMotivasi

0 comments: