Wednesday, 20 July 2011

Bersyukur ke atas nikmat-Nya

Peluang sangat berkait rapat dengan sifat syukur .Ini kerana orang yang bersyukur dapat menerima dan menggunakan nikmat yang sedikit.Sebaliknya,orang yang tidak bersyukur tidak merasa cukup dengan nikmat dan peluang yang banyak.Selain itu,peluang yang kita miliki adalah nikmat yang ALLAH S.W.T kurniakan kepada kita . Sebagai Muslim,kita wajib mensyukuri setiap nikmat yang kita terima daripada pemberian Allah.Syukur tidak hanya pada ucapan "Alhamdulillah",cara mensyukuri nikmat ialah dengan menggunakan nikmat ynag dimiliki dengan sebaik-baiknya. Sekian...

Sunday, 17 July 2011

Kem Merekayasa Kepimpinan PRS peringkat SMK Paka di Awang Beach Resort

OBJEKTIF
- memberi pendedahan latihan dan kemahiran asas PRS kepada ahli PRS

SASARAN
- 35 orang ahli PRS


Monday, 4 July 2011

Program Pendidikan Pencegahan Dadah Anjuran YPM dengan Kerjasama Kolej Ketengah, AADK Dungun dan UPBK SMK Paka








;

;








;

;








;

;










;

;





;










OBJEKTIF
- Memberi pendedahan tentang bahaya dadah serta mengurangkan gejala sosial yang semakin berleluasa dalam kalangan pelajar sekolah menengah

SASARAN
- 117 orang pelajar tingkatan 4


Wednesday, 1 June 2011

Maklumat Perkhidmatan


PENGENALAN 
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah bersifat menyeluruh dan meliputi program perkembangan, pencegahan serta pemulihan.  Program perkembangan dan pencegahan lebih banyak dijalankan berbanding program pemulihan.  Antara perkhidmatan yang disediakan iaitu bidang akademik, kerjaya, psikologi dan kesihatan mental, kepimpinan dan kaunseling individu / kelompok. 


VISI
Mewujudkan iklim pendidikan yang kondusif, teraputik dan efektif dari aspek fizikal, perhubungan dan pengurusan berteraskan konsep perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berkualiti secara menyeluruh dan berkesan demi kecemerlangan pelajar dan sekolah


MISI
Dengan penuh rasa tanggungjawab dan bersungguh-sungguh menyediakan perkhidmatan menolong bantu pelajar dari aspek pengayaan,perkembangan,pencegahan dan pemulihan untuk mempertingkatkan pengetahuan,ketrampilan dan konsep kendiri positif yang perlu dalam menghasilkan masyarakat ‘ MADANI’ melalui perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang berkesan beramanah berteraskan falsafah pendidikan kebangsaan.


FALSAFAH
Bahawasanya setiap pelajar mempunyai potensi yang boleh digembleng secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap,berkesan dan beramanah berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek intelektual, jasmani,emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.



- AKADEMIK


- KERJAYA


- PSIKOSOSIAL DAN KESEJAHTERAAN MENTAL


- PEMBANGUNAN DIRI


- PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH