Wednesday, 1 June 2011

Maklumat Perkhidmatan


PENGENALAN 
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah bersifat menyeluruh dan meliputi program perkembangan, pencegahan serta pemulihan.  Program perkembangan dan pencegahan lebih banyak dijalankan berbanding program pemulihan.  Antara perkhidmatan yang disediakan iaitu bidang akademik, kerjaya, psikologi dan kesihatan mental, kepimpinan dan kaunseling individu / kelompok. 


VISI
Mewujudkan iklim pendidikan yang kondusif, teraputik dan efektif dari aspek fizikal, perhubungan dan pengurusan berteraskan konsep perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berkualiti secara menyeluruh dan berkesan demi kecemerlangan pelajar dan sekolah


MISI
Dengan penuh rasa tanggungjawab dan bersungguh-sungguh menyediakan perkhidmatan menolong bantu pelajar dari aspek pengayaan,perkembangan,pencegahan dan pemulihan untuk mempertingkatkan pengetahuan,ketrampilan dan konsep kendiri positif yang perlu dalam menghasilkan masyarakat ‘ MADANI’ melalui perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang berkesan beramanah berteraskan falsafah pendidikan kebangsaan.


FALSAFAH
Bahawasanya setiap pelajar mempunyai potensi yang boleh digembleng secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap,berkesan dan beramanah berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek intelektual, jasmani,emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.



- AKADEMIK


- KERJAYA


- PSIKOSOSIAL DAN KESEJAHTERAAN MENTAL


- PEMBANGUNAN DIRI


- PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

Thursday, 26 May 2011

Program Sentuhan Rohani 1








;

;








;

;






OBJEKTIF
- Memberi kesedaran kepentingan disiplin dalam hidup
- Menimbulkan rasa bertanggungjawab terhadap diri sendiri daripada aspek akademik dan rohani
- Pemantapan akidah hidup berpaksikan pergantungan hidup hanya kepada Allah S.W.T

SASARAN
- Semua pelajar SMK Paka


Monday, 16 May 2011

Kata-kata semangat

Wednesday, 11 May 2011

Tahniah kepada bekas pelajar SPM 2010 & STPM 2010








;

;








;

;








;



Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia :) 

Tahniah kepada semua bekas pelajar SPM 2010 dan STPM 2010 yang telah mendapat tawaran melanjutkan tawaran pelajar sama ada di :-

  • PRA UNIVERSITI
  • MATRIKULASI KPM
  • PRA DIPLOMA IPTA
  • DIPLOMA IPTA 
  • IJAZAH DI IPTA
Semoga terus tekad berazam untuk mengubah destinasi hidup anda ke arah keyaan cemerlang di IPT  .